Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang ASP Mohd Iqbal Ibrahim menunjukkan gambar suspek yang dicari. FOTO Hayati Ibrahim
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang ASP Mohd Iqbal Ibrahim menunjukkan gambar suspek yang dicari. FOTO Hayati Ibrahim
Hayati Ibrahim


Sepang: Polis berjaya menyelesaikan 10 kes samun di Petronas dan motosikal sekitar daerah Sepang, Serdang, Kajang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dengan tertangkapnya tiga ahli Geng Afiz Jamroot, 17 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintenden Rusdi Jaafar berkata, ketiga-tiga suspek berusia23 hingga 24 tahun ditahan dalam satu operasi dinamakan Ops Rentap Petronas.

Katanya, ketiga-tiga suspek juga positif dadah jenis methaphetamine atau syabu.

"Kumpulan ini dikesan bergiat aktif dalam kegiatan samun di stesen minyak Petronas sejak awal tahun ini di sekitar Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Sepang, Serdang, Kajang, Puchong, Petaling Jaya, Cheras dan Sungai Besi.

"Susulan tangkapan itu, kami merampas sebuah kereta, motosikal, telefon bimbit, tukul besi, topi keledar, jam tangan, dompet, pistol mainan dan komputer riba,"katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang di sini, hari ini.

Rusdi berkata, semua suspek kini ditahan reman hingga esok, dan kemudian akan diserahkan ke IPD Kajang, Serdang, PJ dan Cheras untuk membantu siasatan bagi kes sama di kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, kami masih lagi mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Ijoi untuk membantu siasatan.

Sehubungan itu, sesiapa yan mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Narika Amiruddin di talian 010-2266340 atau 03-87774222," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2016 @ 5:19 PM