Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sah dilantik Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang baru petang semalam.

FAS menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) sebulat suara menyokong Azmin bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga berakhirnya penggal pada 2018.

“Sebanyak 68 daripada 94 ahli gabungan hadir pada EGM dan sebulat suara menyokong Azmin,” kata Setiausaha Agung FAS Rosman Mohd Ibrahim.

Tambah Rosman, barisan kepimpinan FAS diketuai Timbalan Presiden Datuk Mokhtar Ahmad akan mengadakan perjumpaan dengan Azmin bagi membincangkan hala tuju persatuan itu hari ini.

Sementara itu Rosman turut menjelaskan Azmin sudah meluluskan RM2 juta sebagai tambahan bagi menyelesaikan segala perbelanjaan tertunggak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 7:24 AM