RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Khairy (dua dari kiri) ketika menyertai acara kayuhan 10 kilometer di Program Fit Malaysia.
RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Khairy (dua dari kiri) ketika menyertai acara kayuhan 10 kilometer di Program Fit Malaysia.
Aizat Sharif

Kangar: Harga tiket perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (DT) dengan PKNS di Stadium Shah Alam, Sabtu ini perlu dikurangkan bagi membolehkan ramai peminat bola sepak menonton perlawanan berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun kuasa dan keputusan menentukan harga tiket berada di bawah tanggungjawab Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), tetapi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh menyuarakan pandangan mereka.

“FAM juga mempunyai wakil dalam FMLLP dan esok (hari ini) akan berlangsung mesyuarat Exco FAM dan saya mengharapkan mereka boleh membuat keputusan dan memaklumkan kepada FMLLP supaya harga tiket (Piala FA) itu dapat dikurangkan kepada harga RM40 serta kemudahan tiket kepada kanak-kanak seperti amalan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika dite
mui selepas pelancaran Pro
gram Fit Malaysia 2016 peringkat negeri Perlis di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN), di sini, semalam.

Menurutnya, beliau tidak mahu dengan penswastaan Liga Malaysia, berlaku pula kenaikan harga tiket hingga menyebabkan tiada peruntukan untuk tiket kanak-kanak.

“Saya faham Liga Malaysia diswastakan tapi kita juga ada tanggungjawab kepada penyokong bola sepak dan saya mengharap dapat mem
buat keputusan dalam meng
gesa FFMLP mengurangkan harga tiket,” katanya.

Sebelum ini, FMLLP mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air apabila tidak menjual tiket kanak-kanak selain menaik
kan harga tiket kepada RM50 berbanding RM40 pada perlawanan akhir musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 7:52 AM