ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SARS) di kawasan tebing Sungai Batang Lupar, Lingga. FOTO Khairull Azry Bidin
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SARS) di kawasan tebing Sungai Batang Lupar, Lingga. FOTO Khairull Azry Bidin
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Sri Aman: Operasi SAR menggunakan 48 penyelam bagi mengesan mangsa terakhir yang juga juruterbang, Kapten Rudolf Rex Ragas dan serpihan helikopter terhempas.

Komander Pasukan, VAT 69 Datuk Fisol Salleh berkata, penyelam berkenaan akan dibahagikan kepada tiga sektor dalam radius pencarian seluas tujuh kilometer Sungai Batang Lupar.

Beliau berkata, penyelam akan dihantar berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sonar.

"Arus sungai yang deras selain kadar penglihatan sifar menyukarkan pasukan penyelam menyelam.

"Jadi isyarat yang diperoleh daripada sonar akan dijadikan panduan dan memudahkan pencarian objek yang dikesan," katanya ketika ditemui di pusat operasi Jeti Pekan Lingga, Lingga, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2016 @ 11:35 AM