Harian Metro Digital


BERIKUT adalah video serta grafik berkenaan kejadian nahas helikopter RCP2868 yang membabitkan enam orang kenamaan di Kuching, Sarawak, 5 Mei lalu.

Mangsa yang terkorban adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, manakala suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad masih dicari.

Selain Noriah, turut menaiki pesawat malang itu adalah Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang semalam.

Jasadnya ditemui di kawasan pencarian awal helikopter terbabit di Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau, tengah hari semalam.

Nasib mangsa yang lain bagaimanapun setakat ini belum diketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 8:44 AM