Gambar terakhir Mohd Fauzi (kiri) bersama Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mohammad Wan Khair-Il Anuar tiga dari kanan) ketika satu majlis di Betong, Sarawak, semalam. - Foto Ihsan Mohd Fauzi
Gambar terakhir Mohd Fauzi (kiri) bersama Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mohammad Wan Khair-Il Anuar tiga dari kanan) ketika satu majlis di Betong, Sarawak, semalam. - Foto Ihsan Mohd Fauzi
Mohd Hafizee Mohd Arop dan Mohamad Hairi Azmi Tham


Kuala Kangsar: Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sempat bergurau dengan menyatakan tidak makan banyak kerana bimbang helikopter menjadi berat sebelum menaiki helikopter dari Betong ke Kuching.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar Mohd Fauzi Mohaidin berkata, Wan Mohamad Khair-il Anuar itu bergurau demikian ketika bersamanya pada satu program di Betong sebelum menaiki helikopter yang hilang itu.

Menurutnya, Wan Mohammad Khair-il Anuar yang berkata demikian memang tidak makan banyak pada majlis itu.

“Kami hanya ketawa mendengar gurauannya ketika itu dan tidak sangka kejadian ini menimpanya.

"Saya melambai kepadanya sebelum helikopter dinaikinya berlepas ke Kuching dan dia membalas lambaian. Itulah kali terakhir saya melihat Datuk sebelum tragedi," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 6:15 PM