AHLI keluarga dan kenalan rapat berkumpul di kediaman Datuk Wan Mohammad Khair-il di Kuala Kangsar. FOTO Supian Ahmad dan Mohamad Haiti Azmi Tham
AHLI keluarga dan kenalan rapat berkumpul di kediaman Datuk Wan Mohammad Khair-il di Kuala Kangsar. FOTO Supian Ahmad dan Mohamad Haiti Azmi Tham
Mohd Hafizee Mohd Arop dan Mohamad Hairi Azmi Tham


Kuala Kangsar: Ahli keluarga, kenalan rapat dan penduduk kampung mula berkumpul di kediaman Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, untuk mengikuti perkembangan kejadian kehilangan helikopter dinaiki ahli parlimen itu di Sarawak.

Sebelum itu, penduduk dan kenalan rapatnya turut mengadakan bacaan yasin di Masjid Ubudiah di sini bagi mendoakan ahli parlimen mereka itu berada dalam keadaan selamat.

Turut akan diadakan solat hajat selepas solat Jumaat ini di semua masjid di daerah Kuala Kangsar.

Menurut adiknya, Wan Mohd Khairul Fallah Wan Ahmad,43, berkata, mereka masih menunggu pengesahan status berkenaan helikopter dinaiki abangnya itu.

"Kebanyakan ahli keluarga termasuk kakak ipar (isteri Datuk Wan Mohammad Khair-il) saya sudah berada di Kuala Lumpur dan buat masa ini tiada yang bertolak ke Sarawak lagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 11:34 AM