Othman (tengah) menunjukkan ganja yang dirampas. FOTO Nabihah Kamal
Othman (tengah) menunjukkan ganja yang dirampas. FOTO Nabihah Kamal
Nabihah Kamal

Kajang: Guna Facebook (FB) jual dadah. Itu dilakukan lapan lelaki ‘tokan’ ganja yang mewujudkan akaun 'close group' di FB bagi menjual ganja kepada pelanggan mereka sebelum ditahan dalam enam serbuan berasingan di sekitar Kajang sejak Sabtu hingga 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, dalam serbuan itu, 4.1 kilogram ganja dianggarkan bernilai RM45,000 dirampas.

"Sindiket pengedaran dadah ini membuka akaun 'close group' dan mempunyai 200 ahli untuk aktiviti jual beli dadah.

"Lapan individu yang ditahan termasuk seorang warga Nepal masing-masing berusia 22 hingga 25 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, petang tadi.

Menurutnya, semua yang ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 6:20 PM