Othman menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang media di IPD Kajang hari ini. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Othman menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang media di IPD Kajang hari ini. FOTO Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kajang: Seorang lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran ganja di sekitar daerah ini ditahan polis berhampiran Stesen Keretapi Kajang, Selasa lalu.

Serbuan jam 10 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang itu menemui 10 bungkus ganja yang disembunyikan dalam beg.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek berusia 32 tahun berasal bekerja sebagai broker tanah itu dipercayai beberapa kali menjalankan aktiviti pengedaran dadah di daerah ini sejak dua tahun lalu.

Katanya, ganja yang dirampas seberat 9.795 kilogram dengan nilai anggaran sebanyak RM20,000.

"Polis turut merampas wang sebanyak RM2,153 dipercayai hasil jualan dadah.

"Suspek yang positif dadah direman selama tujuh hari sehingga 4 April ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika sidang media di IPD Kajang hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 2:02 PM