GANJA yang dirampas. FOTO Mohd Fadly Samsudin
GANJA yang dirampas. FOTO Mohd Fadly Samsudin
GANJA yang dirampas. FOTO Mohd Fadly Samsudin
GANJA yang dirampas. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Mohd Fadly Samsudin


Kajang: Polis menahan tiga individu serta merampas lebih 11 kilogram ganja bernilai RM22,000 dalam serbuan di pangsapuri di Taman Seri Mewah di sini, 22 Ogos lalu.

Dalam serbuan 10.30 malam itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menemui bungkusan ganja terbabit di dalam bagasi disorok di bawah katil.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek utama berusia 39 tahun didapati lumpuh separuh badan aktif mengedar dadah sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat semua bekalan dadah diperoleh dari Bangsar, Kuala Lumpur untuk dipasarkan di Kajang.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 11:38 AM