KASUT sukan NMD Runner R1 - Details Pack beri tumpuan kepada bentuk kaki wanita.
KASUT sukan NMD Runner R1 - Details Pack beri tumpuan kepada bentuk kaki wanita.
Nor Faizah Mohamed


Tidak kiralah berlari, me­ngangkat bebanan di gimnasium, aerobik atau senaman berasaskan seni mempertahankan diri, semuanya dapat membantu menggerakkan otot tubuh dan meningkatkan kecergasan diri.

Pada masa sama, pemakaian kasut yang sesuai juga penting bagi memastikan kesan efektif ke atas senaman yang dilakukan.

Mengeluarkan belanja lebih untuk kasut berkualiti sememangnya dapat membantu mengatasi masalah kesakitan atau cedera di kaki, di samping memberi pengalaman yang lebih positif ketika bersenam.

Selesa juga menjadi antara aspek utama dan bagi Adidas Originals, ia elemen paling asas dalam setiap rekaannya.

Selain itu, inovasi dan ketahanan turut diberi perhatian khusus agar dapat menepati setiap bentuk kaki serta latihan kecergasan yang dilakukannya.

Seperti yang diketengahkan dalam himpunan NMD, Adidas Originals cuba menyerlahkan impak revolusi dalam teknologinya bagi membolehkan si pemakai rasa selesa sepanjang bersenam.

Dipacu keinginan untuk meneroka, diilhamkan dari masa lampau, koleksi kasut sukan ini menonjolkan DNA ikonik Adidas Originals yang menguasai pasaran barangan sukan sejak dulu.

Direka daripada gaya hidup nomad tanpa sempadan, NMD menggabungkan fabrik ringan Primeknit bersama teknologi mikro Boost untuk pemakaian kasut yang melekap elok di kaki.

Berbanding gaya tipikal Adidas sebelum ini seperti dalam himpunan Micro Pacer, Rising Star dan Boston Super, NMD lebih moden dan seiring dengan perkembangan trend sukan-fesyen terkini.

Bahagian dalamannya diangkat sedikit dengan teknologi Boost sementara bahagian tapaknya dilengkapi elemen tahan gegaran.

Bahagian atasnya pula dihiasi Primeknit yang lebih teguh, fleksibel dan stabil.

“Adidas ialah jenama pelopor kasut sukan dan prinsip itulah yang kami jana selama ini dalam setiap rekaan.

“Koleksi kami menampilkan teknologi terbaik mengikut zamannya dan ia berterusan memperkasakan kami serta pengguna,” kata Naib Presiden Rekaan Global Adidas Originals, Nic Galway.

Koleksi NMD ini menampilkan tiga rekaan untuk fungsi dan gaya berbeza. NMD CS1 - City Sock bersifat kontemporari dengan potongan tinggi dan mengetengahkan tekstil Primeknit pada keseluruhan sepatunya.

Sedikit futuristik, tetapi pada masa sama tidak berkompromi dari segi

elemen teknikalnya.

NMD Runner R1 - City Pack pula hadir dalam lebih banyak pilihan warna berbanding koleksi sebelum ini.

Ia dihasilkan daripada tekstil jenis jaring yang ringan bersama bahagian dalaman EVA yang dipertingkatkan.

Siluet lebih lembut diberi pada NMD Runner R1 - Details Pack yang sememangnya memberi tumpuan kepada kaki wanita.

Dibuat daripada gabungan suede premium dan tekstik jersi, kasut ini menawarkan keselesaan dan membantu mendapatkan hasil maksimum ketika bersenam khususnya dalam aktiviti larian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:00 AM