Yusliza Yakimir Abd Talib


Gaya dan keselesaan bergerak seiringan, Adidas PureBOOST X kasut larian yang unik dicipta semata-mata untuk wanita, oleh wanita.

Menerusi ujian dan penyelidikan selama bertahun-tahun disertai wanita seluruh dunia, Adidas mencipta kasut larian yang anggun untuk memenuhi tenaga berterusan gaya hidup aktif mereka.

Walaupun kebanyakan kasut larian diadaptasi daripada kasut lelaki, PureBOOST X direka dengan hanya atlet wanita dalam fikiran, menghasilkan kasut larian untuk wanita berprestasi tinggi bertemu fesyen yang sesuai digunakan wanita yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Bagi menangani cuaca panas di negara ini, fabrik yang digunakan membantu mengekalkan rasa dingin ketika larian jarak jauh atau senaman berpanjangan.

Selain itu, bahan digunakan dalam pembuatan kasut berkenaan juga dipilih penuh teliti agar ia boleh dipadankan dengan struktur kaki wanita dan di atas pelbagai permukaan.

Rekaan yang fleksibel menjadikan PureBOOST X kasut larian yang baik untuk wanita ditambah dengan bahagian tapak kaki pertengahan BOOST yang menyediakan tenaga dan keselesaan dalam setiap langkah.

Bahagian ini diperbuat daripada ribuan kapsul kecil, direka untuk melepaskan tenaga dengan setiap langkah manakala tapak kaki luaran Stretch Web membolehkan kaki mengekalkan pergerakan semula jadi ketika larian di samping menyediakan pengudaraan untuk mengekalkan larian yang selesa.

PureBOOST X kini boleh didapati dalam empat pilihan warna termasuk terbaru Ray Red, Ice Mint, Footwear White dan Core Black di cawangan Adidas Sport Performance dan adidas.com/pureboostx pada harga RM419.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 5:01 AM