1. BUKA sedikit kaki dan pastikan kedudukan punggung selari dengan bahagian belakang.
1. BUKA sedikit kaki dan pastikan kedudukan punggung selari dengan bahagian belakang.
2. BENGKOKKAN lutut kanan dan tahan selama tiga saat. Pastikan lutut kiri tidak mencecah lantai.
2. BENGKOKKAN lutut kanan dan tahan selama tiga saat. Pastikan lutut kiri tidak mencecah lantai.
3. ULANG langkah sama pada kaki kiri. Lakukan 10 kali pada setiap bahagian.
3. ULANG langkah sama pada kaki kiri. Lakukan 10 kali pada setiap bahagian.
4. BERDIRI seperti langkah 1. Depangkan kedua-dua tangan. Bengkokkan bahagian pinggang. Naik perlahan-lahan. Lakukan tiga set dengan ulangan 10 kali.
4. BERDIRI seperti langkah 1. Depangkan kedua-dua tangan. Bengkokkan bahagian pinggang. Naik perlahan-lahan. Lakukan tiga set dengan ulangan 10 kali.
5. BARING dan pastikan punggung selari dengan bahu. Angkat punggung dan tahan selama tiga hingga lima saat. Ulang 10 kali sebanyak tiga set.
5. BARING dan pastikan punggung selari dengan bahu. Angkat punggung dan tahan selama tiga hingga lima saat. Ulang 10 kali sebanyak tiga set.
6. LURUSKAN kedua-dua kaki. Tarik nafas dan sentuh tapak tangan kiri ke bahagian atas dada kanan. Lakukan pada sebelah kanan. Ulang 10 kali sebanyak tiga set.
6. LURUSKAN kedua-dua kaki. Tarik nafas dan sentuh tapak tangan kiri ke bahagian atas dada kanan. Lakukan pada sebelah kanan. Ulang 10 kali sebanyak tiga set.
7. BERDIRI seperti langkah 1. Seterusnya bengkokkan pinggang dan punggung.
7. BERDIRI seperti langkah 1. Seterusnya bengkokkan pinggang dan punggung.
8. LOMPAT setempat dan pastikan dalam keadaan mencangkung ketika mendarat. Ulang 10 kali sebanyak tiga set.
8. LOMPAT setempat dan pastikan dalam keadaan mencangkung ketika mendarat. Ulang 10 kali sebanyak tiga set.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Mahu kaki tampil menarik dengan cepat? Lupakan saja sapuan krim untuk mengecilkan paha dan sebagainya kerana ia bukan cara berkesan untuk mendapatkan penampilan yang diingini. Penyelesaiannya mudah - bersenam!

Menerusi senaman secara konsisten dan menjaga pemakanan, metabolisme tubuh akan lebih proaktif dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan proses pembentukan dan penurunan berat badan.

Namun pelbagai alasan diberikan bagi mengelakkan diri menyarung kasut sukan untuk bersenam dan majoriti wanita lebih gemar mencari jalan pintas dengan mengambil pil kurus dan menggunakan krim yang belum ditentukan kesahihan kualitinya.

Jelas pelatih kecergasan Be Urban Wellness, Roskam Irnanie Kamarudin, bersenam itu sebenarnya mudah dan boleh dilakukan tanpa bantuan alatan atau mesin.

“Senaman daya ketahanan yang mudah seperti berjalan kaki dan berlari boleh dilakukan sesiapa pun dan pada bila-bila masa.

“Berlari, contohnya antara senaman mudah yang membantu kita kekal cergas, selain membantu membentuk tubuh dan menurunkan berat badan.

“Tetapi biasanya saya lebih tekankan kepada pembentukan otot berbanding sasaran mengurangkan berat badan. Ramai wanita yang bimbang untuk membina otot kerana takut kelihatan maskulin.

“Selain itu wujud mentaliti salah mengenai pengurangan berat badan ini. Ramai yang beranggapan akan tampil kurus apabila berjaya mengurangkan berat badan lalu mencuba pelbagai senaman ‘fancy’ yang ada antaranya tidak sesuai dengan keadaan kesihatan atau fizikal mereka.

“Keputusannya, mereka hanya berjaya mengurangkan beberapa kilogram berat dan bukannya lemak dalam tubuh.

“Jadi dengan memberi tumpuan kepada pembentukan otot, lemak degil itu boleh dikurangkan dan seterusnya memudahkan proses penurunan berat badan.

“Pada masa sama, ia membantu meningkatkan ketumpatan tulang. Jadi, apabila bersenam ia dapat mengelakkan risiko kecederaan,” katanya.

Tambah Roskam, wanita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi semata-mata untuk bersenam. Cukup dengan kasut sukan yang selesa dan pakaian yang sesuai, senaman boleh dilakukan di sekitar kawasan kediaman.

“Senaman boleh juga dilakukan di dalam rumah jika bimbang faktor keselamatan apabila berada di luar rumah. Senaman seperti lunges, squat (mencangkung), plank dan melompat hanya perlukan sedikit ruang di dalam rumah, malah ia langsung tak perlukan alatan senaman.

“Kalau perlukan alatan pun boleh gunakan botol air yang diisi dengan pasir untuk dijadikan sebagai bebanan.

“Cuma aspek keselamatan perlu dititikberatkan kerana ramai terlupa me­ngenai perkara itu ketika mula bersenam.

“Disebabkan ghairah untuk kelihatan ramping, beberapa langkah keselamatan diketepikan hingga memudaratkan tubuh selepas bersenam.

“Dalam kalangan wanita, rasa sakit kerap dirasai di lutut jika melakukan senaman secara keterlaluan atau kurang maklumat mengenai teknik yang betul.

“Jadi apabila bersenam terutama membabitkan bahagian pinggang ke bawah, lakukan teknik bangun-naik secara perlahan-lahan dan bukannya secara mendadak,” tegasnya.

Roskam juga menggesa wanita yang tidak pernah bersenam atau terlalu lama tidak bersenam memulakannya dengan teknik mudah seperti lunges dan plank.

“Yang penting lakukan sesi pemanas badan dan regangkan tubuh terlebih dulu. Cukup dengan

berlari setempat selama dua minit, kemudian boleh teruskan dengan senaman yang sesuai,”

katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 3:34 PM