ANGGOTA bomba membuat pemeriksaan selepas memadamkan api. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membuat pemeriksaan selepas memadamkan api. FOTO ihsan Bomba
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Kilang kejuruteraan jentera berat hampir musnah dalam kebakaran di Jalan Padang Kala, Peringat, di sini, hari ini.

Kejadian 4.50 petang itu menyebabkan pemilik kilang berkenaan kerugian RM2,000.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.51 petang dan 14 anggota dari Balai Ketereh, Kota Bharu dan Pasir Tumboh bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika sampai di lokasi, kami dapati kilang berkenaan terbakar 20 peratus dan kita menyelamatkan 80 peratus lagi daripada musnah.

"Tindakan pantas dapat menyelamatkan kira-kira RM350,000 dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 7:38 PM