PKNS diwakili Timbalan Pengurus Besar Pembangunan dan Pentadbiran Noraidah Mohd Yusof (tiga dari kiri) menerima piala pusingan daripada Radin.
PKNS diwakili Timbalan Pengurus Besar Pembangunan dan Pentadbiran Noraidah Mohd Yusof (tiga dari kiri) menerima piala pusingan daripada Radin.
Erdiehazzuan Ab Wahid


Kota Kinabalu: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) muncul juara sukan Gabungan Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan Awam (GEMAPUTERA) kali ke-14 yang berakhir di sini, hujung minggu lalu.

Sukan berlangsung selama empat hari itu turut membabitkan penyertaan lebih 900 atlet dan kakitangan mewakili 13 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah (SEDCO) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) Holding dari seluruh negara.

Sukan yang mempertandingkan acara seperti golf, futsal, bola jaring, bowling, karom, dart dan snuker itu menyaksikan SEDCO muncul naib juara keseluruhan manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Pada majlis itu, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Pengiran Saifudin Pengiran Tahir turut menyerahkan bendera kejohanan kepada Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis, Norsiake Kasim sebagai tuan rumah pada 2018.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan dan Perindustrian Datuk Bolkiah Ismail; Pengerusi SEDCO Datuk Nasir Tun Sakaran dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Awang Damit Awang Anak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 10:51 AM