Kontinjen UiTM Melaka sasar tujuh pingat di KARISTA. FOTO Nazri Abu Bakar
Kontinjen UiTM Melaka sasar tujuh pingat di KARISTA. FOTO Nazri Abu Bakar
NazriAbu Bakar


KONTINJEN Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka menyasarkan meraih tujuh pingat pada Karnival Sukan Staf UiTM Malaysia (KARISTA) 2020 yang berlangsung di UiTM Samarahan, Sarawak bermula esok hingga Ahad ini.

Pengerusi Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Melaka, Mazlan Salleh berkata, tanpa mengira warna pingat sasaran terbabit relevan dengan misi itu.

Katanya, dibarisi 75 atlet yang bakal bersaing dalam acara bola sepak senior, veteran, bola sepak lima sebelah dan penalti selain golf, e-sport, bola tampar, karom, petanque serta larian kontinjen Melaka tetap berpeluang mengintai emas.

"Dalam acara bola tampar wanita dan petanque misi terbabit dilihat amat getir menerusi kemampuan semua pasukan yang bertanding.

“Malah persiapan rapi kontinjen tuan rumah Sarawak selain Sabah, Terengganu, Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Kelantan, Shah Alam, Perlis, Negeri Sembilan dan Perak antara cabaran utama kontinjen Melaka untuk menakluk saingan," katanya.

Sebanyak 19 acara dijadual berlangsung membabitkan tenpin boling, sepak takraw, basikal, catur, dart, tenis, bola jaring dan badminton.

Majlis penyerahan bendera (Flag-Off) disempurnakan Rektor UiTM Cawangan Melaka Profesor Dr Abd Halim Mohd Noor sebelum ini turut menampilkan janji dan keazaman tinggi atlet meraih kejayaan cemerlang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 3:11 PM