GUA MUSANG 28 MARCH 2016   ( KBM009R / KBM010R ) Tiga beranak dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Rancangan Tanah Felda Perasu. STR/RAMLI IBRAHIM
GUA MUSANG 28 MARCH 2016 ( KBM009R / KBM010R ) Tiga beranak dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Rancangan Tanah Felda Perasu. STR/RAMLI IBRAHIM
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 48 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Rancangan Tanah Felda Perasu, dekat sini, petang tadi.

Jenazah Mohamad Zahiruddin Hadi, 24; isterinya, Faizah Mohd Nor, 28; dan anak lelaki mereka, Muhd Firas Ziyad berusia enam bulan selamat dikebumikan kira-kira 2 petang tadi.

Hampir 100 ahli keluarga, saudara dan rakan mangsa hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Dalam kemalangan 6.45 petang semalam, Faizah bersama anak sulungnya itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohamad Zahiruddin meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM), 8.30 pagi tadi.

Bagaimanapun pemandu lori yang sarat muatan balak, Arifin Mohamad Noor, 49, patah tangan menerima rawatan di HGM.

Berita berkaitan

> Ajal bertembung lori: http://bit.ly/1TdnXAB

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 7:31 PM