PELUMBA  Astana Pro Team, Miguel Angel Lopez memenangi jersi kuning dan peringkat ke empat, Ipoh-Tanah Rata dalam jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016. FOTO Asyraf Hamzah
PELUMBA Astana Pro Team, Miguel Angel Lopez memenangi jersi kuning dan peringkat ke empat, Ipoh-Tanah Rata dalam jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016. FOTO Asyraf Hamzah
Azlan Muhammad Zain

PELUMBA pilihan dari Astana Pro Team, Miguel Angel Lopez menjuarai peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 yang berakhir di Tanah Rata, Cameron Highlands, hari ini.

Pelumba dari Columbia menamatkan pendakian peringkat keempat dalam kategori hors dengan catatan tiga jam 25 minit 37 saat sejauh 129.4 kilometer yang bermula di Ipoh.

Pelumba UnitedHealthCare, Diez Jaramillo meraih tempat kedua manakala Reinardt JV Rensburg dari Dimension Data meraih kedudukan ketiga.

Perlumba daripada 22 pasukan akan meneruskan saingan peringkat kelima esok sejauh 148.8 kilometer bermula di Tapah ke Kuala Lumpur.

LTdL edisi ke-21 mempertandingkan lapan peringkat perlumbaan membabitkan jarak 1,179 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 7:38 PM