ANDREA Guardini memenangi peringkat kelima jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 dari Tapah ke Kuala Lumpur . FOTO Asyraf Hamzah
ANDREA Guardini memenangi peringkat kelima jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 dari Tapah ke Kuala Lumpur . FOTO Asyraf Hamzah
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Pakar pecut Astana Pro Team, Andrea Guardini menjuarai peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 yang berakhir di Dataran Merdeka, hari ini.

Ia adalah kemenangan peringkat kali kedua untuk Guardini pada edisi tahun ini dan secara keseluruhan 20 peringkat kemenangan sudah diraihnya sejak edisi 2011.

Pelumba dari Itali itu menamatkan laluan landai dari Tapah ke Dataran Merdeka sejauh 148.8 kilometer dengan masa tiga jam 18 minit 50 saat.

Tempat kedua peringkat kelima diraih pelumba Skydive Dubai Pro Cycling, Andrea Palini manakala Reinardt JV Rensburg daripada Dimension Data tempat ketiga dalam saigan penamat yang menyaksikan perlumbaan tamat dalam kelompok besar.

Pelumba daripada 22 pasukan akan meneruskan saingan peringkat keenam esok sejauh 147.6 kilometer bermula di Putrajaya ke Rembau, Negeri Sembilan.

LTdL edisi ke-21 mempertandingkan lapan peringkat perlumbaan membabitkan jarak 1,179 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 4:11 PM