FAIL Effendy Rashid
FAIL Effendy Rashid
Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan merayu berikutan penggantungan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang berkuatkuasa semalam.

Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu mendakwa, tindakan penggantungan itu tidak mengikut prosedur tatatertib parti.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak berduka dengan apa yang berlaku ke atas dirinya.

Beliau mempertahankan tidak pernah gagal melaksanakan tuggas sebagai pemimpin nombor dua parti seperti yang diperuntukkan Perlembagaan UMNO.

"Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya, namun saya berasa jengkel. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya dan hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, MT sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Timbalan Presiden yang disandang Muhyiddin atas dakwaan perlakuannya yang bertentangan dengan Perlembagaan parti.

Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkecuali daripada keputusan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 1:03 PM