COVID-19 jadi punca banyak haiwan miliki penjaga, didik kanak-kanak erti tanggungjawab, amanah. - FOTO Pexels
COVID-19 jadi punca banyak haiwan miliki penjaga, didik kanak-kanak erti tanggungjawab, amanah. - FOTO Pexels
Hartini Mohd Nawi


Fenomena membela haiwan menjadi hobi paling popular sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Masa yang terluang terlalu 'lama' di rumah nyata mencetuskan idea untuk membela haiwan peliharaan tertentu.

Hampir semua haiwan yang dipilih untuk dijadikan haiwan peliharaan kesayangan adalah dari jenis yang mudah dijaga dan tidak memudaratkan seisi keluarga.

Bagi yang mempunyai anak kecil tentunya begitu teliti dari segi jenis haiwan peliharaan untuk disesuaikan dengan keadaan mereka yang sedang membesar.

Justeru pelbagai aspek diambil kira bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Dikatakan terdapat kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94 peratus daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan ketika kecil.

Malah kajian itu turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan

kasih sayang.

Dalam apa jua keadaan pengetahuan berkenaan haiwan peliharaan sesuai untuk anda anda sangat penting.

Empat haiwan kesayangan yang paling popular untuk si kecil anda:

1. Kucing

  • Ia antara haiwan yang dikatakan penyayang dan akan sering meminta perhatian.

  • Lebih mudah diuruskan dan dijaga berbanding haiwan lain.

  • Menerusinya, kanak-kanak boleh mempelajari erti nilai kasih sayang dan bertanggungjawab terhadap apa saja yang diamanahkan kepada mereka.

  • Ternyata, kehadiran kucing walau pun seekor boleh membuatkan anak anda sentiasa cergas dan aktif selain tidak hanya membuang masa dengan gajet semata-mata.

    2. Ikan

  • Tidak hanya kanak-kanak, ikan turut menjadi haiwan kesayangan golongan dewasa.

  • Ia menjadi terapi mata dan ketenangan dengan hanya melihat ikan peliharaan berenang-berenang walaupun hanya dalam balang kecil.

  • Ikan juga paling mudah dijaga tetapi seharusnya diberi perhatian

  • Bagi mencipta hobi dan menarik minat anak anda, tempatkan ikan peliharaan di dalam akuarium sesuai yang lengkap.

  • Reka bentuk akuarium yang unik tentunya turut menyerikan ruang kediaman anda.

    EKOR yang mengembang ketika berenang tentunya mencuri perhatian anak anda. - FOTO Pexels
    EKOR yang mengembang ketika berenang tentunya mencuri perhatian anak anda. - FOTO Pexels

    BENTUKNYA yang comel membuatkan hamster antara haiwan pilihan. - FOTO Pexels
    BENTUKNYA yang comel membuatkan hamster antara haiwan pilihan. - FOTO Pexels

    KURA-KURA turut dikategorikan sebagai haiwan peliharaan yang comel. - FOTO Pexels
    KURA-KURA turut dikategorikan sebagai haiwan peliharaan yang comel. - FOTO Pexels

    3. Hamster

  • Bentuk hamster yang comel dan karakternya yang aktif pastinya mencuri perhatian anak anda.

  • Sekali gus menyemai nilai kasih sayang terhadap haiwan berkenaan.

  • Telatah hamster yang tidak duduk diam di dalam sangkarnya juga mampu mencetuskan suasana ceria di kediaman anda.

  • Masa terluang si kecil juga lebih terisi

  • Bagaimanapun terdapat sesetengah jenis hamster mudah bersikap agresif sehingga sukar untuk mengawalnya. -Jadi, penting bagi anda sebagai ibu bapa untuk memilih hamster yang sesuai dengan anak-anak anda.

    4. Kura-kura

  • Haiwan ini mempunyai karakter pendiam dan kurang tindak balas.

  • Bagaimanapun, ia turut dikategorikan sebagai haiwan peliharaan comel.

  • Menariknya, haiwan ini memerlukan penjagaan yang minimum memadai dengan menyediakan sangkar khusus buat termasuk peralatan seperti filter dan lampu pemanas.

  • Tapi perlu juga berhati-hati dengan haiwan ini kerana dibimbangi boleh menggigit jari anak anda.
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 7:02 AM