Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran gudang minyak haram di Durian Burung, Padang Terao. -  Foto Ihsan Bomba Sukarela Pokok Sena
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran gudang minyak haram di Durian Burung, Padang Terao. - Foto Ihsan Bomba Sukarela Pokok Sena
Sebuah lori tiga tan turut musnah. - Foto Ihsan Bomba Sukarela Pokok Sena
Sebuah lori tiga tan turut musnah. - Foto Ihsan Bomba Sukarela Pokok Sena
Muhaamad Hafis Nawawi


Padang Terap: Sebuah gudang haram di Durian Burung di sini, musnah 90 peratus selepas tiga tangki minyak, tiga pam minyak dan lori terbakar malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran itu pada 9.03 malam dan tiba ke lokasi kejadian 23 minit kemudian.

Menurutnya, seorang pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang dan BBP Alor Setar serta dibantu 10 pasukan bomba sukarela Pokok Sena memadam kebakaran itu sebaik tiba.

"Kebakaran membabitkan tiga tangki minyak menampung antara 20,000 hingga 30,000 liter, tiga pam minyak dan sebuah lori tiga tan.

"Kawasan itu dipercayai tempat simpanan minyak haram dan tiada pili bomba serta sumber air di kawasan berkenaan yang menyukarkan usaha memadam kebakaran," katanya.

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 9.47 malam dan tiada mangsa cedera atau berlaku kehilangan nyawa.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2016 @ 3:01 AM