ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan bomba
Norizuan Shamsuddin


TUJUH kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan mengenai kejadian kebakaran jam 4.06 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikerahkan ke lokasi bagi bantuan pemadaman.

“Setibanya di lokasi jam 4.15 pagi, anggota mendapati api sedang marak membakar kenderaan di kawasan parkir.

"Pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran pam salur bantu mula, satu aliran hos, foam dan air pam jentera.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota dan siasatan mendapati kebakaran menyebabkan tujuh kenderaan musnah.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kebakaran terbabit," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 9:57 AM