Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memandu kereta api kali kesembilan selepas hampir dua tahun tidak berbuat demikian dengan menggunakan tren sewaan khas dari Johor Bahru ke Segamat di sini, sebentar tadi.

Baginda memandu kereta api itu dengan diiringi oleh dua pemandu lokomotif Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Mohd Kamal Asmawi dan Supawi Ismail.

Sebelum memulakan perjalanan, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin membaca doa.

Kereta api berkenaan memulakan perjalanan dari JB Sentral kira-kira jam 9.45 pagi dan dijangka tiba di stesen Segamat pada 2.30 petang.

Perjalanan kemudian akan diteruskan ke Kuala Lumpur, namun diganti dengan pemandu lain.

Sepanjang perjalanan baginda mahu meninjau keadaan kebersihan dan keselamatan landasan.

Baginda memiliki lesen memandu kereta api kelas 26 pada 28 Jun 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 10:50 AM
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menunjukan isyarat bagus sebelum memandu kereta api kali ke-9 di Stesen KTMB Johor Bahru Sentral, bagi meninjau kebersihan dan keselamatan landasan sepanjang perjalanan. FOTO Azren Jamaludin