SULTAN Ibrahim bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail berkenan bergambar dengan tiga trak Mack yang akan digunakan pada Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016. FOTO Zain Ahmed
SULTAN Ibrahim bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail berkenan bergambar dengan tiga trak Mack yang akan digunakan pada Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016. FOTO Zain Ahmed
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bakal menggunakan Trak Mack selama empat hari pada edisi ke 19, Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 mulai 14 Mei hingga 17 Mei depan.

Baginda bakal memandu trak terbabit diikuti konvoi pacuan empat roda, bas dan motosikal berkuasa tinggi ketika menjelajah seluruh daerah di negeri ini.

Tiga Track Mack akan digunakan sepanjang kembara sejauh 842 kilometer.

Kembara berkenaan bertujuan merapatkan hubungan istana dengan rakyat jelata sekali gus membolehkan baginda meninjau pembangunan di seluruh negeri sepanjang KMJ.

Baginda mencemar duli menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran KMJ 2016 di perkarangan Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 8:15 PM