SULTAN Ibrahim memandu tren khas ke Johor Bahru. (Gambar kecil) Sultan Ibrahim menunjukkan sijil diterima. FOTO Ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
SULTAN Ibrahim memandu tren khas ke Johor Bahru. (Gambar kecil) Sultan Ibrahim menunjukkan sijil diterima. FOTO Ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Izlaily Nurul Ain Hussein


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menerima Sijil Kelayakan Pemandu Kanan Lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Dalam laman sosial Facebooknya, Sultan Ibrahim berkenan berkongsi gambar majlis penyerahan sijil itu yang berlangsung di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, hari ini.

Sijil itu diserahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Shamsudin kepada Sultan Ibrahim.

Pada majlis yang sama, baginda turut berkenan menerima sijil penghargaan kerana mencemar duli memandu tren terakhir Lokomotif Kelas 26 (26108 TG KUPANG) keluar dari Stesen Tanjong Pagar, Singapura ke Stesen Johor Bahru pada 1 Julai 2011.

Selesai majlis terbabit, Sultan Ibrahim kemudian berkenan memandu tren khas bagi perjalanan Kuala Lumpur ke Johor Bahru hari ini, yang berlepas dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur 9 pagi sebelum berhenti di Stesen Keretapi Segamat.

Dalam perjalanan itu, baginda diiringi dua pemandu lokomotif KTMB, Kamal Asmawi dan Supawi Ismail sambil meninjau keadaan kebersihan serta kemudahan pengangkutan rel demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Sebagai rekod, Sultan Ibrahim sudah memiliki lesen memandu kereta api sejak 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 10:55 AM