Zul Ikhwan Muhammad

Rompin: Pantai Mempisang, Tanjung Gemok, Rompin sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai apabila dipenuhi ratusan ribu kerang yang terdampar sejak Selasa lalu.

Ratusan penduduk membanjiri pantai berkenaan untuk mengutip hidupan laut itu, mirip dengan kejadian pada Disember lalu apabila pantai berkenaan dipenuhi kepah hanyut.

Ketua Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohd Salleh Kamarudin, berkata, fenomena kerang naik ke darat itu dikategorikan sama seperti hidupan laut yang bercengkerang seperti kepah yang naik di pantai sama Disember lalu.

"Kerang agak berat berrbanding kepah atau lala buluh serta tinggal di habitat berlumpur halus.

"Kemungkinan hidupan itu bergerak dan dihanyutkan ke pantai disebabkan pergerakkan arus deras dan ombak kuat musim tengkujuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 7:31 PM
ORANG ramai mengutip kerang yang terdampar di Pantai Mempisang, Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang. FOTO Zul Ikhwan Muhammad