Ketua jurulatih England Gareth Southgate berkata sesuatu kepada anak buahnya pada perlawanan menentang Serbia, Sabtu lalu. - Reuters
Ketua jurulatih England Gareth Southgate berkata sesuatu kepada anak buahnya pada perlawanan menentang Serbia, Sabtu lalu. - Reuters
Reuters

Weimar(Jerman): England mahu meredakan tekanan terhadap mereka selaku pasukan pilihan di Euro 2024 apabila mahu meraih kemenangan bergaya bertemu Denmark dalam saingan kumpulan C pada Khamis ini.

Kecemerlangan yang dipamerkan pada separuh masa pertama pemain tengah Jude Bellingham adalah satu-satunya perkara boleh dibanggakan sekali gus menyebabkan pengendali England Gareth Southgate perlu memerah otak untuk menyusun startegi berkesan kelak.

"Pasukan ini masih mencari persefahaman.Semua orang mengharapkan kami melaluinya dengan mudah. Masih banyak kerja keras kelak," kata Southgate.

Selain itu, Denmark berkesempatan untuk membalas dendam terhadap England selepas mereka tewas 1-2 pada peringkat separuh akhir Euro 2020.

Sebelum ini, Denmark mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Slovenia pada perlawanan pembukaan pada Sabtu lalu menerusi perlawanan penuh emosi berikutan kepulangan pemain berpengalaman Christian Eriksen.

Tiga tahun lalu, Eriksen serangan jantung ketika beraksi pada kejohanan terakhirnya dengan dia menjaringkan gol tunggal untuk denmark.

Sementara itu, selepas musim yang cemerlang di Real Madrid, Bellingham yang berusia 20 tahun membuktikan bahawa dia bersedia untuk memikul tanggungjawab besar untuk England.

Southgate berkata, tanpa berselindung menyatakan rasa gembira dan puas hati terhadap impak yang diberikan pemain muda itu.

England bernasib baik apabila permulaan kempen Euro 2024 dengan memperoleh kemenangan namun penyokong pasukan itu belum cukup berpuas hati terhadap barisan pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 8:48 PM