SESI latihan Alcaraz menjelang Kejohanan Kelab Queen. -FOTO Reuters
SESI latihan Alcaraz menjelang Kejohanan Kelab Queen. -FOTO Reuters
AFP

Paris: Pemain nombor dua dunia Carlos Alcaraz berkata dia tidak sabar untuk belajar daripada juara Grand Slam 22 kali, Rafa Nadal apabila mereka berpasangan dalam acara beregu di Olimpik Paris.

Juara Grand Slam tiga kali, Alcaraz, 21, akan kembali ke Roland Garros untuk acara perseorangan dan beregu pada temasya itu selepas dinobatkan sebagai juara Terbuka Perancis di sana awal bulan ini.

Nadal memenangi emas perseorangan Olimpik pada 2008 dan emas beregu pada 2016. Pemain berusia 38 tahun itu akan beraksi di temasya itu buat kali ketiga.

"Saya tidak sangka dapat bermain dalam acara beregu di Sukan Olimpik bersama Rafa,"

"Ia adalah detik manis untuk saya tetapi sudah tentu saya sangat gembira mengenainya. Mari lihat bagaimana ia akan berlaku tetapi ia akan menjadi masa yang hebat.

"Sudah tentu ia akan menjadi Sukan Olimpik pertama saya. Segala-galanya adalah baharu untuk saya, jadi saya berharap dapat belajar banyak daripadanya," kata Alcaraz.

Nadal memilih untuk tidak beraksi di Wimbledon Julai ini untuk membuat persediaan ke temasya Olimpik manakala Alcaraz kembali beraksi di Kejohanan Kelab Queen di London sebelum memulakan perjalanan mempertahankan kejuaraannya di Wimbledon bulan depan.

Kejohanan tenis Olimpik akan berlangsung dari 27 Julai hingga 4 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 5:31 PM