GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Bernama-Xinhua 

Baghdad: Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada hari Selasa, menurut kenyataan daripada Pertubuhan Meteorologi dan Seismologi Iraq, lapor Xinhua.

Suhu tertinggi -51 darjah Celsius -direkodkan di Wilayah Dhi Qar, manakala Wilayah Maysan, Basra dan Muthanna mencatatkan suhu 50 darjah Celsius, menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pertubuhan itu memberi amaran di laman Facebook rasminya agar orang ramai mengelak daripada terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dan mengesyorkan mereka untuk duduk di rumah semasa waktu puncak haba.

Iraq kerap mengalami musim panas terik dengan suhu melebihi 50 darjah Celsius, yang mendorong kerajaan kadangkala memberikan cuti kepada petugas institusi-institusinya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 9:46 PM