GUARDIOLA (kiri), Maresca (kanan) akan membuat perhitungan pada perlawanan pembukaan EPL musim ini. -FOTO The Sun
GUARDIOLA (kiri), Maresca (kanan) akan membuat perhitungan pada perlawanan pembukaan EPL musim ini. -FOTO The Sun
Reuters

London: Manchester City memulakan kempen mempertahankan kejuaraan kelima mereka secara berturut-turut mereka dengan berkunjung ke Stamford Bridge menentang Chelsea pada 18 Ogos, umum Liga Perdana.

Pengurus Chelsea yang baru dilantik, Enzo Maresca, akan berdepan pasukan yang tidak asing lagi bagi beliau kerana sebelum ini pernah membantu Pep Guardiola semasa mereka merangkul gelaran ketiga dan juga membimbing pasukan remaja City.

Pemenang Piala FA, Manchester United melayan Fulham pada perlawanan pertama musim ini, 16 Ogos manakala naib juara liga musim lalu Arsenal menerima kunjungan Wolverhampton Wanderers untuk perlawanan pertama mereka pada 17 Ogos.

Antara perlawanan pembukaan lain, juara liga Kejuaraan, Leicester City akan melayan kunjungan Tottenham Hotspur dan Newcastle United akan berdepan pemenang play-off Southampton.

Ipswich Town, yang kembali ke Liga Perdana selepas 22 tahun akan menerima kunjungan Liverpool pada 17 Ogos.

Liga Perdana akan bermula pada pertengahan Ogos selepas cuti pertengahan musim bagi membolehkan pemain mendapat rehat yang lebih lama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 6:40 PM