FOTO Zul Ikhwan Muhammad
FOTO Zul Ikhwan Muhammad
FOTO Zul Ikhwan Muhammad
FOTO Zul Ikhwan Muhammad
Oleh Zul Ikhwan Muhammad


Endau: Selepas fenomena kepah naik ke darat di Pantai Mempisang, kini hidupan laut lala buluh atau dipanggil gonggong pula ditemui di darat Pantai Sungai Mengkuang, di sini, sejak beberapa hari lalu.

Fenomena itu menggemparkan penduduk setempat sebelum masing-masing mengambil kesempatan mengutipnya untuk dijadikan hidangan dan dijual.

Difahamkan, hidupan laut itu biasanya boleh didapati kira-kira dua atau tiga tahun sekali, menyebabkan orang ramai tidak mahu terlepas mendapatkannya apabila ia naik ke darat.

Sudirman Esa, 37, berkata, keadaan air laut yang surut juga memudahkan orang ramai mendapatkan lala buluh itu dan dia dan keluarga tidak mahu terlepas peluang mencarinya di lokasi berkenaan.

"Saya ke sini selepas membaca berita di media sosial bahawa lala buluh ini naik ke darat dan saya terus datang bersama keluarga untuk mengambilnya dijadikan hidangan makan malam nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2015 @ 5:59 PM