AKSI Belgium menentang Slovakia. -FOTO Reuters
AKSI Belgium menentang Slovakia. -FOTO Reuters
Reuters

Frankfurt, Jerman: Belgium masih belum menekan butang panik biarpun mereka tewas mengejut 0-1 kepada Slovakia dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Eropah di Frankfurt semalam dengan jurulatih Domenico Tedesco dan pemain mengenal pasti kesilapan dalam persembahan mereka.

Keputusan itu bermakna terdapat ruang kesilapan yang perlu ditutup apabila Belgium menentang Romania Sabtu ini.

Kesilapan awal daripada Jeremy Doku membolehkan Slovakia menjaringkan gol menerusi Ivan Schranz selepas tujuh minit, beraksi dan Belgium selepas melepaskan banyak peluang dan dua gol dibatalkan oleh VAR.

Tedesco menyifatkan kekalahan itu lebih kepada nasib malang dan kekurangan sentuhan klinikal dan bukannya wujud sebarang isu di sebaliknya.

"Saya tidak boleh memberitahu pasukan tentang apa yang perlu lakukan untuk menjadi lebih baik. Kami mencipta banyak peluang. Peluang hebat. Jika kami menjaringkan gol terlebih dahulu, itu akan membantu kami.

"Kami dapat mengawal dan tidak membenarkan Slovakia bermain permainan mereka. Satu-satunya perkara yang tidak sempurna ialah penamat kami," kata Tedesco kepada pemberita.

Kapten pasukan Kevin De Bruyne turut mempunyai pendapat yang sama dan merasakan secara keseluruhan pasukan sudah berikan yang terbaik.

"Separuh masa kedua kami lebih baik," katanya. Kami mencipta peluang, mencuba dan tidak memberikan lawan banyak peluang. Kami tidak bermain dengan teruk, cuma kami tidak menjaringkan gol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 8:39 PM