TAN memperkenalkan logo baru Grab. FOTO Afiq Hanif
TAN memperkenalkan logo baru Grab. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif


Singapura: Aplikasi MyTeksi akan ditukar kepada Grab selari dengan peluasan syarikat aplikasi pengangkutan popular terbabit ke Asia Tenggara.

MyTeksi yang berasal dari Malaysia kini beroperasi di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina yang mendapat sambutan luar dugaan sehingga membolehkannya diiktiraf antara syarikat pemula Asia paling berkembang di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersama, Anthony Tan berkata, Grab membolehkan jenama terbabit diterima di peringkat antarabangsa.

"Kami bukan lagi sekadar aplikasi menempah teksi tetapi mengikut negara tertentu, pengguna boleh menempah kenderaan persendirian, motosikal dan lori," katanya.

Serentak itu, aplikasi baru Grab memperkenalkan tiga ciri baru termasuk Flash, GrabPay dan GrabWork.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 1:15 PM