Tarian Singa berjaya menghiburkan guru dan pelajar sempena Sambutan Hari Guru di SMK Raja Jumaat, Port Dickson. foto MOHD KHIDIR ZAKARIA
Tarian Singa berjaya menghiburkan guru dan pelajar sempena Sambutan Hari Guru di SMK Raja Jumaat, Port Dickson. foto MOHD KHIDIR ZAKARIA
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Sambut hari guru dengan kemeriahan Tarian Singa. Itu antara keunikan dirasai 80 guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Jumaat di sini, yang dihiburkan dengan cara berbeza,

Pengetua SMK Raja Jumaat, Mohd Kavi Shamsudin berkata, kebiasaannya kompang dan muzik tradisional digunakan untuk sambutan hari guru di sekolah.

"Tetapi tahun ini warga SMK Raja Jumaat teruja dengan persembahan Tarian Singa bagi meraikan hari guru.

"Majoriti pelajar sekolah ini berbangsa Cina menyebabkan timbul idea mengadakan tarian singa sebagai persembahan pembukaan yang amat istimewa," katanya ketika ditemui semalam.

Lebih menariknya, semua penari tarian singa itu dilatih seorang guru berbangsa India.

"Sekolah ini mempunyai murid berbilang kaum dan guru ini melatih tarian Cina, India dan Melayu. Itulah uniknya sekolah SMK Raja Jumaat.

"Biasanya kalau ada persembahan pelajar di sekolah ini, guru-guru kami mengambil peluang supaya semua murid digabungkan tanpa mengira kaum dan agama," ujarnya.

"Saya menekankan Perpaduan antara pelajar agar mereka dapat bergaul dalam segala aktiviti yang dilakukan di sekolah termasuk persatuan.

"Di sinilah peranan guru-guru dalam merapatkan hubungan antara kaum yang mana ini keistimewaan sekolah ini dengan menonjolkan imej perpaduan agar menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 3:10 PM