Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar menunjukkan gambar adiknya, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi semasa ditemui di kediaman keluarga di Kampung Poh Tambahan, dekat Bidor, di sini, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar menunjukkan gambar adiknya, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi semasa ditemui di kediaman keluarga di Kampung Poh Tambahan, dekat Bidor, di sini, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
Muhamad Lokman Khairi

Tanjung Malim: Abang kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar iaitu Lans Koperal Ahmad Azza Fitri, meluahkan perasaan kehilangan mendalam susulan pemergian satu-satunya adik lelakinya akibat insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, semalam.

Ahmad Azza Fitri, 24, berkata hanya mereka berdua lelaki dalam lapan adik-beradik.

"Saya hilang adik dan rakan gaduh.

"Saya anak ketiga, Ami (panggilan mesra Ahmad Azza Fahmi Azhar dalam keluarga) pula anak keempat.

"Dia daripada kecil sampai ke besar, dia tidur sebilik dengan saya. Kami tak pernah asing bilik, memang daripada kecil sebegini," katanya semasa ditemui di kediaman keluarga di Kampung Poh Tambahan, dekat Bidor, di sini, hari ini.

Ahmad Azza Fitri yang juga berkhidmat sebagai anggota polis berkata, dia menerima berita duka itu daripada kakak kedua, Nur Azza Asyariena Azhar, 27, pada pagi semalam ketika sedang bertugas di Balai Polis Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

"Saya terdiam ketika diberitahu balainya diserang. Dalam fikiran ketika itu hanya fikir untuk cepat pulang ke sini," katanya.

Menurutnya, kali terakhir mereka berhubung adalah 16 Mei lalu semasa mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada bapa, Azhar Khaiden, 54, menerusi panggilan video berkumpulan di aplikasi WhatsApp.

"Saya dan arwah sudah empat tahun tidak beraya bersama kerana penugasan di tempat kerja masing-masing. Saya pasti akan rindukan sambutan Aidilfitri bersama Ami," katanya.

Ahmad Azza Fitri berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian serangan terbabit untuk keadilan buat Allahyarham Ahmad Azza Fahmi.

Jenazah Ahmad Azza Fahmi dijadualkan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, di sini, petang ini.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi semalam, Ahmad Azza Fahmi terkorban dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram akibat ditetak oleh seorang lelaki bertopeng.

Kejadian serangan itu turut mengakibatkan seorang lagi anggota polis, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said turut terkorban akibat ditembak di bahagian bahu dan perut oleh individu sama.

Berita berkaitan:

Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir jenazah anggota polis terkorban

Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir jenazah anggota polis terkorban

Jenazah Muhammad Syafiq, Ahmad Azza dibawa pulang ke kampung halaman

Gerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin

500 hadiri solat jenazah anggota polis terkorban

Jangan kaitkan serangan Balai Polis Ulu Tiram dengan mana-mana agama - Saifuddin

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan

Permohonan reman suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram dibuat di IPD Seri Alam

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 3:04 PM