Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan    Logi Janakuasa Biogas 5.5  Megawatt  di kilang sawit Cenergi Felcra Jayaputra, yang  mendapat pengiktrafan oleh Malaysia Book of Record hari ini. FOTO ROSELAN AB MALEK.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Logi Janakuasa Biogas 5.5 Megawatt di kilang sawit Cenergi Felcra Jayaputra, yang mendapat pengiktrafan oleh Malaysia Book of Record hari ini. FOTO ROSELAN AB MALEK.
Oleh Amir Hamzah Nordin


Jerantut: Malaysia memberi tumpuan khusus dalam usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar, meningkatkan kesedaran akan kelestarian alam dan mencipta peluang ekonomi baru dalam tempoh lima hingga 8 tahun akan datang.

Oleh itu negara mengorak langkah dengan menyasar mencapai sebagai sebuah negara maju bagi meningkatkan kapasiti Renewable Energy (RE) atau tenaga boleh diperbaharui kepada 31 peratus menjelang tahun 2025.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahih Hamidi berkata, selain itu negara turut komited mencapai neutral karbon menjelang tahun 2050.

Katanya, tenaga boleh dibaharui semakin menjadi fokus penting di Asia Tenggara terutama bagi negara seperti Singapura, Indonesia serta Vietnam.

"Dengan kapasiti 5.5 MW, loji janakuasa biogas ini mampu membekalkan tenaga elektrik kepada hampir 14,000 rumah atau kira-kira 70,000 orang penduduk luar bandar yang bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi.

"Negara-negara jiran kita ini sedang giat meningkatkan pelaburan dan membangunkan infrastruktur untuk menggantikan sebahagian besar tenaga mereka menjadi sumber boleh diperbaharui untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau," katanya.

Beliau berkata demikan di Majlis Perasmian Loji Janakuasa Biogas 5.5 Megawatt (MW) Cenerji FJP di Kilang Sawit Felcra Jayaputra, dekat sini, hari ini.

Katanya, selain itu, negara ini berpotensi mengolah tenaga boleh diperbaharui adalah sangat besar kerana kita mempunyai cahaya matahari yang mencukupi sepanjang tahun, potensi penjanaan tenaga solar sangat besar terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak di Borneo.

"Inisiatif ini bertepatan dengan Aspirasi Desa Madani yang diperkenalkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memastikan masyarakat luar bandar afar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

"Selain itu, negara juga mempunyai potensi besar dalam penjanaan tenaga angin terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia dan di beberapa pulau di sekitar Sabah dan Sarawak," katanya.

Katanya, selain tenaga solar dan angin, negara ini juga mempunyai potensi besar untuk penjanaan tenaga hidroelektrik terutamanya melalui pembinaan loji janakuasa hidroelektrik di beberapa sungai besar di negara ini.

"Potensi sumber tenaga boleh diperbaharui di dalam negara, boleh di katakan, 'tenaga masa depan' ini mestilah digunakan sebaiknya bagi bergerak seiring dengan kemajuan negara sekaligus menjadi menyumbang ke arah pembangunan sosio-ekonomi mampan.

"Stesen biogas menjadi semakin penting sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menggunakan sumber yang boleh diperbaharui," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 2:25 PM