GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi

Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri termasuk Sarawak dan Sabah sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan keadaan cuaca itu akan membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, Perak.

Menurutnya, selain itu Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu juga dijangka berdepan cuaca sama.

"Di Pahang ia dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron dan Rompin, Johor di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

"Bagi Sabah ia membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 3:56 PM