Beginilah Muslim Berniaga mengetengahkan aspek etika berniaga dalam Islam. Apa yang difahami dengan etika? Berapa ramaikah usahawan yang mementingkan etika dalam aktiviti perniagaan mereka? Berapa ramaikah pula usahawan yang tidak menyedari urusan perniagaan mereka menyalahi etika dalam Islam?

Atas kepentingan inilah, buku ini mempunyai signifikannya tersendiri untuk dimiliki pembaca terutama yang berkecimpung dalam dunia perniagaan. Buku ini mengetengahkan etika mulia yang boleh diamalkan dalam perniagaan.

INFO

- Judul: Beginilah Muslim Berniaga

- Penulis: Mohammad Zaini Yahaya & Dr. Mohd Sukki Othman

- Penerbit: Telaga Biru

- Harga: RM20 Semenanjung Malaysia/ RM23 Sabah & Sarawak

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 10:52 AM