ANTARA usahawan muda Bumiputera yang mengambil peluang hadir ke majlis pengenalan dan pelancaran GenEX.
ANTARA usahawan muda Bumiputera yang mengambil peluang hadir ke majlis pengenalan dan pelancaran GenEX.
MUSTAPHA merasmikan program.
MUSTAPHA merasmikan program.

BASYAR MUSTAPHA berasakan usahawan muda kini banyak peluang dan dorongan untuk berjaya, apa yang penting usaha utama datang daripada mereka sendiri.

Usahawan muda Bumiputera negara kini mempunyai peluang baik untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka ke luar negara.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Generasi Muda Berjaya (GMB), baru-baru ini memperkenalkan satu program khusus buat belia Bumiputera negara iaitu Generation of New Exporters (GenEX).

Bertujuan meningkatkan penglibatan belia Bumiputera dalam exkport, GenEX diperkenalkan susulan daripada Momerandum Persefahaman ditandatangani MATRADE dan GMB baru-baru ini pada Kongress 2015 anjuran GMB.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, program berkenaan dilancarkan tepat pada masanya.

“Program ini bertujuan menggalakkan usahawan belia yang bijak berniaga untuk lebih terlibat dalam aktiviti eksport yang baik untuk perniagaan mereka dan negara.

“MATRADE sebagai agensi penggalakan eksport negara akan memberikan sokongan penuh dari segi peningkatan kapisiti buat usahawan yang menyertai program ini.

“Kerjasama startegik antara MATRADE dan GMB bukan sahaja akan memperkenalkan bakat baru dalam dunia keusahawanan dan bidang eksport malah akan dapat menggalakkan perniagaan belia negara mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Melalui GenEX, GMB akan membuat pencarian 100 syarikat milik belia di Malaysia untuk menjadi program ini. Antara kriteria yang ditetapkan buat bakal peserta adalah syarikat mestilah milikan belia Bumiputera Malaysia, mempunyai produk atau perkhidmatan yang berpotensi tinggi, mempunyai pelan perniagaan yang berdaya saing, mengguna pakai etika yang baik dan amalan kerja yang baik dalam perniagaan serta sedia untuk mengeksport.

Antara indusrti yang menjadi keutamaan adalah peruncitan, infrastruktur komunikasi, minyak dan gas, asas tani, bioteknologi, minyak kelapa sawit, elketrik dan elektronik, penyelenggaraan dan operasi juga logistik. Ia juga dibuka kepada industri lain yang berpotensi tinggi.

Pada akhir program ini, 30 syarikat akan dipilih untuk mula mengeksport produk atau perkhidmatan mereka ke lima negara iaitu United Kingdom, Dubai, Singapura, Belanda dan Qatar.

Syarikat dalam program ini juga akan diberikan peluang memohon dana untuk digunakan dalam aktiviti eksport mereka.

Presiden GMB Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata syarikat yang tidak berjaya tak perlu berputus asa kerana mereka masih berpeluang untuk mengedar barangan mereka di Malaysian Brand Outlet (MBO) di Jalan Arab, Singapura dan MBO Kedai Mesra.

“Eksport negara memainkan peranan sangat penting kepada ekonomi negara kerana melalui aktiviti eksport, ia akan dapat menjana pendapatan. Maka dengan itu program ini diharap dapat memberi inspirasi dan batu loncatan kepada usahawan muda untuk terus maju dengan mempromosikan serta memasarkan perniagaan mereka di luar negara” katanya.

Program ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamed di Menara MATRADE, Kuala Lumpur.

Kriteria untuk jadi peserta

- Syarikat mestilah milikan belia Bumiputera Malaysia.

- Mempunyai produk atau perkhidmatan yang berpotensi tinggi.

- Mempunyai pelan perniagaan yang berdaya saing.

- Mengguna pakai etika yang baik dan amalan kerja yang baik dalam perniagaan

- Sudah bersedia dari segi pengeluaran untuk mengeksport.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 8:43 AM