GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Pelukis tatu yang direman empat hari bagi membantu siasatan kes lelaki diliwat dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan sedang dilengkapkan.

Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan niat untuk melukis tatu bunga di tangan bertukar episod malang buat seorang lelaki apabila menjadi mangsa liwat pelukis tatu di sebuah premis, di sini.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 24 tahun datang ke kedai terbabit untuk melukis tatu di badannya.

Shahrulnizam dilaporkan berkata, mangsa pada mulanya ingin mendapatkan perkhidmatan membuat tatu dan semasa suspek mula melukis bunga di tangan kanan dia menyapu minyak menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang terjadi.

Menurutnya, selepas mangsa tersedar dia dapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 7:01 PM