GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 8.30 malam ini berikutan pertambahan kenderaan menjelang sambutan Aidiladha Isnin ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

Menurutnya, kenderaan bergerak perlahan menghala pantai timur iaitu dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Bentong.

"Aliran trafik perlahan turut dilaporkan di Bandar Ainsdale ke Pedas Linggi, Hentian Sebelah Pedas Linggi ke Simpang Ampat dan Sedenak ke Simpang Renggam.

"Selain itu, kenderaan bergerak perlahan dari Tapah-Gopeng, Alor Pongsu-Jawi, Juru-Perai dan Seberang Jaya-Plaza Tol Sungai Dua," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, setakat ini aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 9:07 PM