Kesesakan di Jambatan Pulau Pinang menghala Perai pada jam 4.30 petang hari ini dan kanan, aliran trafik lebuh raya PLUS, Kilometer 310 arah utara berdekatan Tapah yang bergerak perlahan pada 4.45 petang. - Foto SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/ /EFFENDY RASHID
Kesesakan di Jambatan Pulau Pinang menghala Perai pada jam 4.30 petang hari ini dan kanan, aliran trafik lebuh raya PLUS, Kilometer 310 arah utara berdekatan Tapah yang bergerak perlahan pada 4.45 petang. - Foto SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/ /EFFENDY RASHID
BERNAMA

Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan pada 5 petang ini, berikutan ramai bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik ke utara dan selatan dilapor perlahan dari Nilai ke Seremban dan Senawang ke Pedas Linggi berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

"Trafik juga perlahan di Slim River ke Sungkai dan dari Tapah menuju Gopeng," katanya di sini, hari ini.

Selain itu, aliran trafik turut bergerak perlahan dari Kuala Kangsar ke Bukit Berapit disebabkan aliran trafik yang tinggi.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut dilapor perlahan petang ini iaitu sebelum Plaza Tol Gombak menuju ke arah Pantai Timur.

"Aliran trafik juga bergerak perlahan di sekitar Plaza Tol Bentong, Plaza Tol Karak, dan di kawasan Bukit Tinggi ke Lentang," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 7:18 PM