Dr Dzulkefly ketika berucap pada Majlis Perasmian Pek Kasih Mama dengan kerjasama Shopee Malaysia di Dewan Perbandaran Kuala Selangor Puncak Alam hari ini. FOTO BERNAMA
Dr Dzulkefly ketika berucap pada Majlis Perasmian Pek Kasih Mama dengan kerjasama Shopee Malaysia di Dewan Perbandaran Kuala Selangor Puncak Alam hari ini. FOTO BERNAMA
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meminta mana-mana platform e-dagang khususnya Shoppe Malaysia untuk nyah senarai produk yang tidak memenuhi syarat dan peraturan seperti ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu membabitkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

"Ini adalah 'food safety' yang sangat mustahak untuk peneraju e-dagang seperti Shopee .

"Anda mesti bertanggungjawab dalam memastikan apa yang diniagakan dalam talian seperti kosmetik atau ubat-ubatan memenuhi syarat (ditetapkan NPRA dan MDA)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pek Kasih Mama oleh Shoppe Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Puncak Alam, di sini.

Hadir sama, Pengarah Pemasaran Shoppe Malaysia, Tan Ming Kit dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan.

Pada program kolaborasi antara Shopee dan KKM itu, sebanyak 300 pek barangan ibu dan anak disampaikan kepada penerima.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly menegaskan penjualan makanan tambahan dan ubat-ubatan berasaskan herba yang dijual dalam talian, juga dalam pengetahuan KKM.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 3:54 PM