Noremely menunjukkan gambar Syamely Nur Aleh Qarni yang lemas di Sungai Brooke, di sini, semalam. FOTO Paya Linda Yahya
Noremely menunjukkan gambar Syamely Nur Aleh Qarni yang lemas di Sungai Brooke, di sini, semalam. FOTO Paya Linda Yahya
Paya Linda Yahya

Gua Musang: Mayat kanak-kanak Orang Asli yang lemas di Sungai Brooke petang semalam ditemui kira-kira 1.8 kilometer dari tempatnya dilaporkan terjatuh.

Mayat Syamely Nur Aleh Qarni Sham, 7, ditemui pada 12.05 tengah hari oleh penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, operasi mencari mangsa diteruskan pada pagi hari ini dengan bantuan Unit Pengesan K9 dan Unit Skuba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

"Hari kedua operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan mangsa.

"Mayatnya ditemukan tersangkut pada dahan kayu di dasar sungai oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 2:59 PM