WARGA emas ditemui terduduk di koridor kondominium berkenaan selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat 16 ke tingkat 15. FOTO Ihsan Bomba
WARGA emas ditemui terduduk di koridor kondominium berkenaan selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat 16 ke tingkat 15. FOTO Ihsan Bomba
Hakimi Suria Kencana


Kuala Lumpur: Bomba menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terjatuh dari tingkat 16 ke tingkat 15 di sebuah kondominium di Damansara Damai, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 9.58 pagi.

"Seramai 13 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa terjatuh dari rumahnya di tingkat 16 ke tingkat 15 dan mangsa dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang ditemui di koridor tingkat 15 kondominium itu berjaya diselamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 12:29 PM