ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam treler selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan. FOTO Bomba.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam treler selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan. FOTO Bomba.
Nurul Hidayah Bahaudin


Sungai Buloh: Pemandu treler maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer (KM) 457 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Restoran Jejantas Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.58 malam tadi.

"Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kemalangan membabitkan dua treler dengan empat kenderaan iaitu masing-masing sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV, Perodua Axia, Honda City dan Nissan Almeera," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, terdapat seorang mangsa iaitu pemandu treler membawa muatan konkrit berusia 30-an tersepit akibat kemalangan itu yang sedang dikeluarkan oleh anggota bomba.

"Seorang lagi lelaki berusia 20-an pula dilaporkan cedera ringan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2023 @ 11:42 PM