Pasukan bomba memindahkan kesemua mangsa ke lokasi selamat. FOTO BBP Betong
Pasukan bomba memindahkan kesemua mangsa ke lokasi selamat. FOTO BBP Betong
Erika George


Betong: Seramai 28 penghuni dari enam keluarga di Rumah Panjang Laweng di Padeh dipindahkan ke Pusat Perkhidmatan Sementara (PPS) Layar selepas rumah panjang terbabit dinaiki air sedalam 0.6 meter petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong Vincent Baling Yabi berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 6.41 petang bagi menjalankan khidmat khas memindahkan mangsa.

"Sejurus sampai, pasukan bomba mendapati kawasan sekitar rumah panjang sudah mulai dinaiki air dan masuk ke dalam rumah panjang.

"Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemindahan dari rumah panjang ke kawasan selamat di tepi jalan. Operasi pemindahan mengambil masa satu jam dan selesai sepenuhnya jam 7.31 malam," katanya.

Kesemua mangsa termasuk seorang bayi perempuan dan orang kurang upaya (OKU) lelaki kemudiannya dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Layar untuk ditempatkan di sana sehingga air surut dan sepenuhnya dan selamat untuk pulang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 10:59 PM