KEADAAN bas yang terbabas ke kawasan hutan. FOTO Bomba
KEADAAN bas yang terbabas ke kawasan hutan. FOTO Bomba
Rabi 'Atul ' Adawiyah Ismail


Betong: Seramai 39 penumpang termasuk tujuh kanak-kanak terselamat apabila bas ekspres yang dinaiki terbabas berhampiran Jambatan Bunut, Skrang, di sini jam 5.15 pagi tadi.

Menurut jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sarawak, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.29 pagi.

Katanya, satu jentera bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan dapati sebuah bas ekspres terbabas ke kawasan hutan di bahu jalan.

Bagaimanapun, semua mangsa berjaya keluar daripada bas dan mereka yang cedera ringan dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 10:56 AM