ALFRED melawat mangsa banjir. FOTO ihsan Jabatan Penerangan
ALFRED melawat mangsa banjir. FOTO ihsan Jabatan Penerangan
KEADAAN banjir di Betong. FOTO ihsan Jabatan Penerangan
KEADAAN banjir di Betong. FOTO ihsan Jabatan Penerangan
KEADAAN banjir di Betong. FOTO ihsan Jabatan Penerangan
KEADAAN banjir di Betong. FOTO ihsan Jabatan Penerangan
Oleh: Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Betong: Hujan lebat sejak malam semalam menyebabkan beberapa kawasan di Betong dilanda banjir.

Antara yang terjejas teruk ialah 28 bilik di Rumah Panjang Ladi anak Danggat di Rian Batang di sini, apabila air naik hampir dua meter.

Arus deras Sungai Layar turut menyebabkan jambatan yang menghubungkan Rumah Gilbert Ladi di Melayu Ili rosak dan tidak dapat dilalui.

Timbalan Ketua merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, hujan lebat sejak malam semalam menyebabkan air Sungai Layar, Sungai Paku dan Sungai Skrang melimpah ke penempatan berhampiran.

Katanya, air naik antara 0.5 hingga satu meter.

"Bantuan segera akan dihulurkan kepada mangsa banjir terutamanya keperluan asas makanan," katanya.

Seramai 75 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Betong.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 8:06 PM